Saya dilahirkan di Kelantan, lebih tepatnya, Kampung Batu 6, Pengkalan Chepa. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parang Puting. Menyambung pendidikan menengah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Sek. Men. Keb. Ismail Petra & Maktab Sultan Ismail. Mula-mula bertugas di pejabat Ketua Akauntan, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Bukit Aman, Kemudian ke Pejabat Telekomunikasi Malaysia Kawasan Timur, Kuala Terengganu, Politeknik Kuala Terengganu dan sehingga sekarang di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Sudah berkahwin dan ada 4 orang cahaya mata, seorang daripadanya iaitu yang sulung adalah perempuan.